Lokasi OOTD popular ditutup, pengunjung tidak menjaga kebersihan

Baru sahaja diviralkan pada minggu lepas, lokasi yang menjadi tempat untuk orang ramai bergambar berhampiran Lapang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini telah ditutup oleh pihak berkuasa.

Menurut sumber lokasi yang diviralkan dalam video tersebut sahaja telah ditutup akibat tindakan pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata rata dan tidak menjaga kebersihan.

Selain faktor kebersihan yang tidak dijaga, isu keselamatan juga diambil kira. Ini berikutan ramai pengunjung yang membawa anak kecil serta meletakkan kereta di bahu jalan yang boleh membahayakan keselamatan mereka dan keluarga mereka.

Di sekitar KLIA ada beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar berlatar belakangkan permandangan lapangan terbang sambil melihat kapal terbang berlepas dan mendarat dari jarak yang sangat dekat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: