Tanah Runtuh Cameron Highlands, Mayat Pemandu Vellfire dan Lori Dijumpai

Petang tadi kita digemparkan dengan tragedi tanah runtuh yang berlaku di Jalan Simpang Pulau – Cameron Highlands.

Antara kenderaan yang dikenal pasti terperangkap dibawah runtuhan ialah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire, sebuah lori dan sebuah kereta.

Operasi menyelamat menunjukkan tanda positif apabila kedudukan kenderaan yang tertimbus dikenal pasti. Pada kejadian yang berlaku jam 1.45 petang semua kenderaan dipercayai tertimbus sedalam 50 meter.

Pihak penyelamat telah berjaya mengesan sebuah lori sayur yang tertimbus dan mereka kini sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Identiti pemandu lori tersebut telah dikenal pasti, Muhammad Hafiz Hamdi 31 tahun yang dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Ipoh.

Setakat ini mayat seorang pemandu lori dan juga seorang pemandu Toyota Vellfire telah berjaya dijumpai dan dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

Seramai 101 anggota penyelamat dikerah ke tempat kejadian bagi membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Selain pasukan Bomba, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) serta turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: