Analemma, Bangunan Tergantung di Udara Paling Tinggi di Dunia

Sekiranya rakyat di Malaysia berbangga dengan menara kedua tertinggi di dunia iaitu Menara Merdeka 118 yang menelan belanja sebanyak RM5 Billion.

Manakala penduduk di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pula dengan Menara Burj Khalifa setinggi 828 meter yang sehingga kini masih lagi diiktiraf sebagai menara tertinggi di dunia.

Namun sekiranya rancangan untuk membina menara tergantung di udara iaitu Menara Analemma diteruskan ia akan menjadi bangunan paling tinggi yang pernah dibina oleh manusia.

Sebuah firma yang berpengkalan di Newyork dikenali sebagai Cloud Architecture Office telah membuat cadangan untuk membina bangunan yang digantung kepada asteroid yang jaraknya lebih 32 ribu batu dari bumi.

Ia akan menggunakan kabel yang sangat panjang dan cukup kuat untuk mengantung bangunan dari orbit. Bangunan tersebut juga akan menggunakan kuasa solar yang mana ia akan sentiasa terdedah kepada cahaya matahari.

Apa yang menarik oleh kerana ia terapung di udara, bangunan tersebut akan bergerak beribu batu sehari. Tidak mustahil bangunan tersebut boleh sampai ke ruang udara Malaysia.

Nampak macam mustahil, namun menurut firma tersebut dengan bantuan daripada NASA projek ini bakal menjadi kenyataan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: