Bekas Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Meninggal Dunia

Bekas Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik telah kembali ke Rahmatullah.

Berita sedih mengenai pemergian Allahyarham telah disahkan oleh Pegawai Khas beliau iaitu Datuk Zamri Mohammad.

Allahyarham Tan Seri Sabbaruddin Chik, 80 tahun sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital PPUM semenjak seminggu lalu untuk dikuarantin kerana disahkan dijangkiti virus Covid-19.

Allahyarham yang dilahirkan di Temerloh Pahang juga pernah menggalas jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno.

Perdana Menteri, Tan Seri Ismail Sabri Yaakob pernah menyifatkan Allahyarham sebagai mentor dan sifu dalam bidang politik yang tidak terbalas jasanya.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tan Seri Sabbaruddin Chik, dan semoga Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang yang beriman. Al-fatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: