Kancil Remuk bertembung dengan Toyota Vellfire

Sebuah portal berita tempatan hari ini melaporkan satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dengan sebuah kereta Perodua Kancil.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kilometer 15.2, Jalan Seremban – Port Dickson itu mengakibatkan pemandu kereta Perodua Kancil meninggal dunia.

Lo Chai Ann, 52 tahun yang memandu Toyota Vellfire berkata ketika kejadia beliau cuba mengelak sehingga ke bahu jalan namun tidak dapat lari dari bertembung dengan Perodua Kancil tersebut.

Difahamkan Perodua Kancil yang dipandu oleh Cheok Kha Hou 22 tahun telah masuk ke laluan yang bertentangan. Akibat kemalangan tersebut beliau tersepit serta mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.

Walaubagaimanapun dalam kejadian tersebut pemandu Toyota Vellfire bersama dengan seorang lagi penumpang hanya mengalami kecederaan ringan.

Kepada semua pemandu diharapkan agar sentiasa berhati hati ketika berada di atas jalanraya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: