Guru Dijumpai Meninggal Dalam Kenderaan Pacuan 4 Roda

Salam takziah diucapkan buat ahli keluarga seorang guru yang ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pacuan 4 roda pada hari Khamis.

Allahyarham Azli Mohd Nor 54 tahun, ditemui tersandar pada tempat duduk pemandu kereta jenis Ford Ranger di sekitar semak di Kampung Daling, Padang Tengku.

Menurut Pihak polis, berdasarkan laporan bedah siasat mengesahkan kematian Allahyarham akibat daripada serangan jantung.

Ketika Allahyarham ditemukan pihak polis mengesahkan tidak ada sebarang kecederaan atau senjata ditemui bersama. Pihak polis menklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan tidak ada sebarang unsur jenayah.

Berdasarkan siasatan awal mangsa bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Gua Musang atas urusan kerja.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang yang beriman. Al-fatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: