Alor Lempah Old Dam Lokasi Sesuai untuk Keluarga Beriadah dan Mandi Sungai

Jarak hanyalah sekitar 45 Kilometer dari pusat Bandar Kuala Lumpur, Alor Lempah di Ampang Pecah Kuala Kubu Baru ini adalah destinasi beriadah untuk seisi keluarga yang sangat menarik.

Lokasi untuk beriadah ini menjadi terkenal baru baru ini setelah ada individu yang mengviralkan mengenai keindahan dan kebersihan sungai di Alor Lempah ini.

Nama Ampang Pecah (Old Dam) berasal dari empangan yang pecah, ia dibina pada zaman dahulu untuk kerja kerja melombong bijih timah.

Kini ia menjadi destinasi yang sangat menarik dan cantik untuk beriadah bersama sama keluarga. Ini kerana selain sungainya yang jernih, ia juga sangat luas, sungainya yang berpasir tidak berlumpur dan juga tidak terlalu dalam untuk anak anak bermain dan mandi manda.

Lokasi yang tidak jauh dari pekan Kuala Kubu Baru, pengunjung boleh memandu terus kenderaan dan meletakkan di tebing sungai yang rata dan luas.

Sungai Alor Lempah ini sesuai untuk mereka yang suka berkhemah, di sepanjang tebing sungai boleh memasang khemah atau boleh saja bentangkan tikar untuk berehat sambil memerhatikan anak-anak yang sedang mandi manda.

Walaubagaimanapun kemudahan awam seperti tandas dan surau tidak disediakan disini, kepada pengunjung yang ingin ke sini boleh gunakan aplikasi Waze dengan menaip ‘Ampang Pecah Old Dam Kuala Kubu Bharu’.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: