Lagi kes Marshal ‘berlagak’ Seperti Polis Trafik Kini sedang Dicari

Nampak macam anggota polis tapi bukan, begitulah lagak segelintir kumpulan konvoi motosikal di negara ini yang cuba bertindak seperti Polis Trafik.

Dalam kejadian terkini pihak polis sedang mengesan Marshal sebuah kumpulan konvoi motosikal berkuasa besar yang bertindak memberi arahan kepada kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan serta memberikan laluan kepada ahli kumpulan motosikal yang sedang berkonvoi.

Menurut pihak polis, mereka sedang mengesan individu yang terlibat dalam rakaman berdurasi lebih kurang tiga minit itu.

Tambah pihak polis lagi, mana mana Marshal tidak dibenarkan untuk mengarahkan orang awam melencongkan kenderaan, memperlahankan kenderaan, menahan atau memberhentikan kenderaan tanpa kehadiran anggota polis.

Dalam video yang dirakam dan tular tersebut jelas dilihat Marshal bertindak mengarahkan kenderaan awan memperlahankan kenderaan dan bergerak ke tepi bagi memberi laluan kepada lebih kurang 20 ahli kumpulan konvoi tersebut.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-647 2222.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: