Bonda Dato Hattan Telah Kembali Ke Rahmatullah Sehari Selepas Abang Iparnya Meninggal Dunia

Dugaan datang bertimpa timpa buat Dato Hattan, selepas abang iparnya meninggal dunia semalam, hari ini ibunya pula telah dijemput Ilahi.

Penyanyi legenda yang popular dengan lagu lagu seperti Mahligai Syahdu, Biso Bonar dan Rendang Tak Berbuah itu memaklumkan mengenai kehilangan ibunya menerusi akaun facebook miliknya petang tadi.

Menurut Dato Hattan, kali terakhir dia bertemu ibunya ketika majlis pengebumian abang iparnya semalam.

Ibunya dikejarkan ke Hospital Kajang setelah mengadu sakit dada, muntah dan berpeluh dingin. Namun pada jam 3.30 petang pihak hospital memaklumkan ibu Dato Hattan telah meninggal dunia.

Difahamkan jenazah Bonda Dato Hattan akan dibawa pulang ke Seri Menanti, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

Diharapkan Dato Hattan dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini, salam takziah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: