Kasihan Si Bulus Terlalu Rindukan Tuan yang pergi Meninggalkannya

Kasihan seekor kucing yang ditinggalkan dilihat dalam keadaan berduka kerana terlalu merindukan tuannya.

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok iaitu Azna Nordin, menunjukkan seekor kucing yang diberi nama ‘Cinta’ yang sentiasa berada didalam bilik tuannya yang juga anak kepada pemilik akaun Tiktok tersebut.

Cinta yang selama ini dijaga dengan penuh kasih sayang terpaksa ditinggalkan oleh anak perempuan Azna yang kini sedang menyambung pelajaran di UiTM Arau Perlis.

Cinta dilihat sering kali berada di dalam bilik sambil berbaring diatas kerusi tuannya, ada juga video menunjukkan Cinta tidur sambil memeluk baju tuannya itu.

Menurut Puan Azna beliau membelikan kucing untuk dijaga oleh anak beliau yang menghidapi penyakit Neuro sebagai salah satu usaha membantu menghilangkan sedikit tekanan bagi anak perempuannya itu.

Video di aplikasi Tiktok tersebut menjadi viral dan kini ditonton lebih 400 ribu kali. Selain itu ramai juga pengguna Tiktok yang meluahkan kesedihan serta tidak kurang yang memberikan tips untuk Puan Azna menghilangkan rasa rindu Cinta.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Tiktok Azna Nordin

Leave a Reply

%d bloggers like this: