Penunggang motosikal tercampak ke atas bumbung bengkel dirempuh kereta

Sebuah akaun facebook memuat naik satu info kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta di Kota Bharu Kelantan.

Kejadian yang berlaku di Kampung Badol, Melur itu menyebabkan penunggang motosikal tercampak sehingga ke atas bumbung sebuah bengkel seorang penduduk kampung.

Menerusi rakaman video yang dikongsi oleh seorang pengguna facebook kelihatan seperti sebuah kereta jenis Honda berwarna kuning dipandu agak laju masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah motosikal.

Mangsa yang terpelanting ke atas bumbung bengkel berjaya dibawa turun oleh pasukan penyelamat yang tiba ditempat kejadian setelah dihubungi oleh penduduk kampung.

Mangsa yang berusia 19 tahun itu terselamat namun mengalami kecederaan serius, patah paha dan tangan kiri, dia kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Maafsebut

Leave a Reply

%d bloggers like this: