Hari ini Mahkamah akan tentukan Najib akan ke penjara atau tidak

Nasib mantan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak akan ditentukan hari ini oleh Mahkamah Rayuan pada jam 9 pagi.

Beliau yang sebelum ini didapati bersalah oleh Mahkamah atas tuduhan penyelewengan RM 42 Juta dana SRC International Sdn Bhd.

Pada 17 Oktober 2020 beliau telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan masing-masing 3 kes pengubahan wang haram.

Mahkamah kemudian menangguhkan hukuman sementara menunggu Dato Seri Najib membuat rayuan dengan ikat jamin sebanyak RM 2 juta.

Sementara itu dalam hantaran di facebooknya semalam Dato Seri Najib berkata beliau redha dengan aturan perjalanan hidupnya yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Namun sekiranya didapati bersalah, Dato Seri Najib boleh sekali lagi membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: