Hidayah milik Allah, dua beradik ini kembali kepada Agama Fitrah

Alhamdulillah hidayah itu milik Allah, Dia akan memberikan Hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.

Dua beradik warga emas yang berusia 50an dan 60an telah melafazkan Syahadat untuk memeluk Agama Islam pada pagi tadi.

Berita gembira ini dikongsi oleh seorang pendakwah yang tidak asing lagi di negara ini iaitu Saudara Firdaus Wong di akaun facebook miliknya.

Menurut Bro Firdaus, seorang kenalan mereka berdua yang juga seorang muamalaf menghubungi MRM mengenai niat dua beradik tersebut yang ingin memeluk Islam.

Sebelum ini, dengan ujian hidup yang dilalui oleh dua beradik tersebut mereka tidak mengakui tentang kewujudan tuhan. Namun setelah diterangkan mengenai konsep ujian Allah oleh sahabat mereka membuatkan mereka terbuka untuk menyembah Allah sebagai tempat memohon perlindungan.

Menurut Bro Firdaus, setelah selesai melafazkan kalimah Syahadat kedua adik beradik tersebut meluahkan rasa gembira kerana telah memeluk agama Islam.

Sesiapa yang ingin menyumbang dan menyokong dakwah MRM boleh menyalurkan ke akaun Maybank 5648 1052 0353 Pertubuhan Muamalaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Fb Firdaus Wong

Leave a Reply

%d bloggers like this: