Mahkamah Rayuan Kekal Sabitan dan Hukuman Dato Seri Najib Razak

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mensabitkan dan menghukum mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Najib Tun Razak atas kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta.

Keputusan tersebut dibuat oleh tiga panel Hakim yang diketuai oleh Dato Abdul Karim Abdul Jalil, Hakim Dato Has Zanah Mehat dan Hakim Dato Vazer Hailam Mydin melalui prosiding secara maya menggunakan aplikasi Zoom.

Walaubagaimanapun Dato Seri Najib Tun Razak masih boleh membuat satu lagi rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Datuk Seri Najib yang sebelum ini didapati bersalah oleh Mahkamah atas tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta.

Mahkamah tinggi pada Julai 2020 telah memutuskan Najib Razak dihukum penjara 12 tahun serta perlu membayar denda berjumlah RM 210 juta.

Beliau bagaimanapun telah membuat permohonan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan, dan sepanjang 7 bulan perbicaraan pihak pembelaan telah mengemukakan lebih 300 alasan mengapa Najib tidak bersalah dalam semua pertuduhan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: