Merdeka 118 Pencakar Langit kedua tertinggi di dunia Kebanggaan rakyat Malaysia

Bangunan setinggi 118 tingkat ini pernah diberi nama sebagai PNB 118, KL 118 dan juga Warisan Merdeka Tower sebelum ditukarkan kepada Merdeka 118.

Merdeka 118 yang dijangka siap pada suku ketiga tahun hadapan itu telah dinobatkan secara rasmi sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia selepas menara Burj Khalifa di Dubai Emirates Arab Bersatu.

Dengan ketinggian 678.9 meter, Merdeka 118 juga menjadi bangunan yang tertinggi di Asia Tenggara.

Menara ini direka dengan mengambarkan imej Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ketika Almarhum mengangkat tangan bagi mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka.

Menara Merdeka 118 akan dilengkapi dengan kemudahan seperti Masjid Merdeka, Pusat Membeli Belah, Hotel, Pejabat, Menara Tinjau, serta pelbagai kemudahan lain.

Walaupun tidak ramai dari rakyat Malaysia yang mampu memiliki hartanah di Merdeka 118, namun sebenarnya projek ini bakal memberikan pulangan dalam bentuk dividen kepada ramai rakyat Malaysia termasuk orang-orang kampung yang mempunyai pelaburan dalam unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Ini adalah kerana projek pembinaan Menara Merdeka 118 yang bernilai RM 5 billion ini dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad PNB yang mana hasil keuntungan dari projek ini akan disalurkan kepada semua pemegang saham.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: