Wow Gadis 24 tahun gigih ternak hampir sejuta Ikan Keli

Kejayaan Nur Atikah Amran boleh dijadikan inspirasi kepada golongan muda terutamanya kaum wanita bagi menceburi bidang penternakan.

Nur Atikah graduan dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang berusia 24 tahun mengikuti langkah bapanya dengan menjadi penternak ikan keli.

Menurut Atikah jumlah ikan keli yang diternak kini sudah mencecah hampir 1 juta ekor. Kesemua ikan keli ditempatkan di dalam lapan buah kolam di atas tanah seluas 2.5 hektar.

Beliau mula menceburi bidang penternakan ikan keli semenjak tiga tahun dahulu di Kampung Tok Salam, Kubang Kenyeng Kuala Nerang.

Walaupun terpaksa bergelumang dengan lumpur, disengat ikan keli namun tidak mematahkan semangat gadis ini untuk berjaya dalam bidang yang biasanya diceburi oleh kaum lelaki itu.

Setakat ini Atikah berjaya memasarkan hasil ternakan antara 600 hingga 700 kilogram ikan keli setiap hari di sekitar Kuala Nerang, Pokok Sena, Alor Star, Jitra dan Kuala Ketil.

Berita mengenai kejayaan dan kegigihan Atikah ini telah disiarkan oleh sebuah portal berita tempatan iaitu Kosmo Online.

Semoga beliau terus maju jaya dan menjadi contoh kepada golongan muda diluar sana.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Berita dari Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: