Honda City Hatchback Baru tak Mahal, Betul ke

“Pakwe ko ada Honda tak, xde… Lemah” sampai macam tu sekali diaorang buat content untuk menarik penonton, nak juga dikaitkan dengan Honda.

Mesin buatan Jepun ini cukup sinonim dengan penduduk di Malaysia, menjadi kebanggaan sekiranya dapat berselfie berlatar belakangkan stereng yang mempunyai lambang H.

Terbaharu Honda Malaysia telah melancarkan secara rasmi model terbaharu mereka iaitu Honda City Hatchback.

Selama ini kita mengenali Honda City sebagai sebuah sedan, namun kali ini model ini tampil dengan bentuk hatchback yang akan mengantikan model Jazz yang sudahpun tidak dikeluarkan lagi di pasaran Malaysia.

Bagi pasaran di Malaysia, Honda City Hatchback didatangkan dengan empat variant pilihan:

  • Varian S – RM 75,670
  • Varian E – RM 83,080
  • Varian V – RM 87,860
  • Varian RS Hev harga belum diumumkan.

Antara ciri ciri menarik yang ditonjolkan pada model ini ialah seperti, Lampu utama LED, Lampu Belakang LED, Penghidup Enjin Kawalan Jauh, Paparan Audio 8 inci dengan Apple Car Play dan Android Auto.

Bahagian dalaman mendapat kemasan yang disaluti kulit. Ruang dalaman yang luas dan selesa boleh dibahagikan kepada 4 mode, iaitu mode utiliti, mod tinggi, mode panjang dan mode santai.

Menggunakan komponen yang sama dengan model sedan, namun talaan yang sedikit berbeza menjadikan model hatchback ini lebih aktif dan sporty serta memberikan pengalaman pemanduan yang lebih seronok.

Bagi model S, E, dan V ia menggunakan enjin 1.5L DOHC I-Vtec yang mampu membekalkan kuasa 121 PS dengan tork maksimum 145Nm.

Bagi varian RS Hev ia dilengkapi dengan sistem keselamatan tertinggi dalam kelasnya iaitu Honda Sensing. Selain menggunakan enjin yang berbeza varian ini juga datang dengan pelbagai pakej tambahan yang lebih premium.

Dikatakan Honda City Hatchback ini sudah menerima lebih dari 2000 tempahan. Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan boleh terus whatsapp ke nombor 0106538079 anda akan dibantu untuk memiliki kereta idaman rakyat Malaysia ini.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Leave a Reply

%d bloggers like this: