Babak Cemas Wanita dan Dua Kanak-Kanak Hampir Digilis Keretapi

Umpama berselisih dengan ajal itulah yang boleh digambarkan mengenai detik cemas seorang wanita dan dua kanak-kanak yang hampir digilis oleh keretapi.

Babak yang kebiasaannya kita lihat dalam filem dan drama itu betul betul terjadi di dunia nyata.

Sebuah video yang dipercayai dirakam di Indonesia menunjukkan seorang wanita yang menunggang motosikal membonceng dua kanak-kanak tersangkut di landasan keretapi.

Kejadian yang berlaku di landasan Simpang Rel Kalibotu Kidol, Kecamatan Jatiroto, Kabupaten Lamunjang, Jawa Timur itu dirakam melalui Camera litar tertutup CCTV yang berada di situ.

Detik cemas bermula apabila motosikal yang dinaiki mereka tersangkut di tengah tengah landasan keretapi. Menyedari keretapi sudah semakin dekat dua kanak-kanak tersebut melompat turun dari motosikal.

Bagaimanapun wanita tersebut dilihat masih berusaha mengeluarkan motosikal tersebut dari landasan, malah seorang dari kanak-kanak tadi juga cuba membantu menarik motosikal tersebut.

Nasib baik beberapa detik sebelum Keretapi tiba mereka melepaskan dan meninggalkan motosikal tersebut. Akhirnya motosikal tersebut melambung dan hancur dirempuh keretapi.

Mujurlah tiada kecederaan dan kehilangan jiwa terjadi dari kemalangan yang mengerikan tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: