Percutian Pasangan Suami Isteri ke Kelantan Bertukar Tragedi

Percutian sepasang suami dan isteri ke Kelantan bertukar menjadi tragedi apabila van yang dinaiki mereka terlibat kemalangan.

Van yang dinaiki mereka dikatakan cuba mengelak dari merempuh seekor babi yang melintas jalan lalu terbabas jatuh ke dalam longkang.

Kemalangan tersebut menyebabkan pasangan suami isteri itu tercampak keluar dari van tersebut.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 63 Jalan Gua Musang – Kuala Krai itu mengakibatkan pasangan suami isteri itu meninggal dunia manakala pemandu van bersama 5 orang lagi penumpang mengalami kecederaan.

Mereka dikatakan dari Melaka berkunjung ke Kelantan untuk tujuan bercuti. Ketika kejadian kenderaan yang dinaiki mereka sedang menuju ke Tanah Merah dari Gua Musang.

Salam Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Trade in kereta lama, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: