Bas bawa 21 jemaah umrah terbalik di Kuala Krai

Sebuah portal berita tempatan sebentar tadi melaporkan telah berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah bas di Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.45 pagi tadi sebuah bas yang sedang dalam perjalanan pulang membawa jemaah umrah dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai dilaporkan terbalik.

Namun difahamkan kesemua mangsa yang terdiri dari 10 penumpang lelaki dan 11 penumpang perempuan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Semua penumpang dikatakan sebahagiannya dari Kuala Krai yang akan turun di Hentian Peladang.

Tindakan pantas unit peronda MPV Polis Diraja Malaysia PDRM dan pasukan Bomba Kuala Krai ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai yang dihubungi oleh wartawan dari Sinar Harian mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan tersebut.

Alhamdulillah, semua mangsa selamat tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Berikutan keadaan jalanraya yang basah dan licin sekarang ini akibat dari hujan yang sedang melanda terutamanya bagi penduduk di sebelah pantai timur orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati hati ketika memandu.

Leave a Reply

%d bloggers like this: