Ustaz Nik Azizan telah Kembali ke Rahmatullah

Innalillahiwainnailaihirojiun… Satu lagi berita sedih yang baru diterima mengenai kembalinya tokoh Al-Quran dan guru Tarannum yang terkenal di negara kita iaitu Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar.

Dikhabarkan Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 7.30 pagi hari ini.

Berita kehilangan Allahyarham disebarkan oleh ahli keluarga dan juga rakan rakan baik beliau di media sosial.

Allahyarham seorang yang aktif menyampaikan ilmu Al Quran di pelbagai saluran termasuk di platform media sosial. Beliau pernah muncul sebagai pengacara program Jom Tarannum di saluran TV Al Hijrah.

Sahabat beliau pengacara dan pendakwah bebas Ustaz Amin Idris turut memuat naik berita pemergian Allahyarham itu di akaun facebook milik beliau

“Sungguh terkejut pagi ini menerima berita duka pemergian Senior Falahiah Ustaz Nik Azizan Al Farisi jam 7.30 pagi tadi. Seorang Qari yang merdu suaranya, baik bacaannya” tulis Amin Idris di facebook.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Ustaz Nik Azizan. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

Antara yang mengucapkan takziah

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Leave a Reply

%d bloggers like this: